Saturday, 21 September 2019

Takut

Banyak sangat benda nak cerita tapi tak dapat terluah dengan kata. Tulisan pun belum tentu mampu. Banyak hal bermain dalam kepala. Semuanya asalnya hanya benda kecil. Tapi membesar jadi demon dalam kepala. Mamah semua cahaya yang ada.

Hari ini hari pertama aku tulis kembali diari hati dalam blog. Dulu ada la blog coretan gelap aku. Tapi aku padam. Bila beberapa orang rakan kelas dah mula tahu. Mungkin roomate sendiri bawa mulut. Okey dah tu hal lama. Malas nak ingat balik.

Umur aku 27 tahun.
Tapi satu kerja pun tak ada.
Padahal masa zaman universiti, aku antara yang berdikari, kawan-kawan rujuk aku. Aku bukannya pandai pun. Cumanya aku rajin sebab aku tak macam orang lain. Aku ada ADHD. Sebab tahu aku ada kelemahan kekurangan dari segi tu. Jadi aku kena rajin lebih dari orang lain.

Aku tak minta macam ni tau. Aku pun tak nak.
Ada masa dah down sangat aku sering tanya. Kenapa Allah bagi aku benda ni. Aku nak macam orang lain.

Masa kecil aku ni kira budak lembab tau. Sebab aku susah faham percakapan orang. Macam blur.
Arahan pun aku susah faham.

Jadi kat mata kawan-kawan dan cikgu, aku ni budak bodoh.
Dah la tu aku sering dapat nombor corot. Nak buat macam mana, masa ni ibu bapa pentingkan nombor kedudukan dalam kelas. Itulah cara nak beza budak bodoh dan budak cerdik. Kan?

Mak pernah cakap kat aku. Dia malu aku dapat nombor corot. Mak aku kerja kerani sekolah. Kenal dengan cikgu-cikgu. Mesti la mak malu. Anak-anak cikgu merangkap juga kawan kelas aku, semuanya terang hati. Pandai dan cergas. Malah bijak dalam bertutur. Tak macam aku, blur semacam. Mesti la mak aku malu.

Ayah pun selalu marah aku. Ayah cakap aku bodoh. Ayah bandingkan aku dengan Ifa sepupu aku. Ayah cakap Ifa rajin dan bijak. Tak macam aku, bodoh dan malas.

Ye aku malas. Sebab aku tak faham apa pun. Aku cuba untuk faham masa tu. Tapi aku tak dapat faham. Terang la banyak kali, tetap juga aku susah nak faham. Siapa yang ajar aku termasuk mak aku, mesti la stress dan hilang sabar.

Aku tak marah pun.

Cuma aku cerita ni supaya orang faham kenapa bila dah dewasa aku jadi macam ni.

Disebabkan tekanan masa kecil. Kena marah cikgu dan mak ayah. Dipanggil bodoh. Diejek kawan.
Bayangkan selama tempoh tu.

Akhirnya aku percaya aku memang budak BODOH.

Sampai sekarang BODOH tak boleh dibuang dari diri aku. Walaupun aku dah berjaya masuk Unversity.

Tetap BODOH dan rasa TAK BERGUNA tu melekat macam kulit.

Tak masuk lagi masalah ADHD aku.

Ya aku ada inattentive ADHD.

Yang mana aku tak ada hyperactive, ciri-ciri tu tak ada kat aku. Ciri lain ada.

Aku kurang keyakinan bila habis belajar ni. Tak yakin boleh kerja dengan orang. Tengok la macam mana aku bodoh dan tak reti buat kerja masa parktical. Ni aku cerita nanti la. Panjang sangat dah.

Bila umur dah 27 tahun. Dah tak kira muda lagi.

Orang baya aku dah kerja, kawin dan ada family.

Aku tak ada apa. Aku tak kerja sebab aku takut dan aku tak yakin. Dah bila tak kerja aku tak boleh la bagi duit kat mak ayah.

Umur macam ni fikir macam-macam.

Malah aku takut Allah ambil mak ayah aku. Aku tak ada sesiapa. Aku tak mak ayah saja. Dah la  aku tak sempat berbakti kat mak ayah. Aku takut kena tinggal sorang.

baik aku mati je.
Kalau Allah halalkan bunuh diri. Dah lama dah aku ambl nyawa sendiri.

Hidup pun tak berguna, tak bawa faedah, menyusahkan mak ayah... patutnya orang macam aku ni mati dulu.

Aku tak nampak jalan keluar untuk masalah ni.
Aku nak pergi terapi. Tapi mak ayah tak akan faham.

Aku tak tahu macam mana nak buat. Kalau cerita kat orang bukannya orang faham. Sebab mereka tak akan faham.

Dah la tak ada sapa faham pun.

Masalah ADHD ni, aku nak bawa kereta pun masalah. Aku tak boleh fokus di jalan raya yang sesak. Aku susah faham arahan. Blur.

Serba serbi bodoh.
Aku betul-betul useless.





No comments:

Post a Comment

Mimpi ular

Semalam aku mimpi... Ada kubur kristian, belakang tu plk laut. Air tu macam ada benda panjg kat dalam air. Tak lama tu ular besar keluar. ...