Monday, 30 September 2019
Aku okey =)
Bila kau cerita apa kau rasa. Kau beritahu yang kau hancur kat dalam. Ada manusia akan cakap kau tak bagus. Kau bawa negative vibe. Kau buat dia sedih. Lalu dia jauhkan diri. Jadi kau belajar benda baru. Kena tinggal tu sakit rupanya.
Lepas tu apa kau buat? Kau mula faham yang manusia tak akan faham walaupun pada awalnya dia cakap dia akan faham. Jadi kau mula belajar untuk pura-pura. Kau sorok sorang-sorang. Kau buat-buat kau tak ada apa. Kau okey. Baik-baik saja. Sebab takut orang tinggalkan kau atau takut kau bagi negative vibe kat orang.
Tapi bila buat macam ni. Ada pula manusia yang akan cakap kau ni fake. Kau pura-pura. Padahal bila kau cerita, dia akan buat benda sama macam mana orang sebelum ni buat.
Ada juga bagus, nasihat hal agama. Kau suka. Tapi kau bakal terluka dia pun tak pernah cuba faham dan terima. Pada dia, kau seorang yang jauh dari tuhan. Kau jahil sebab tu kau jadi macam tu. Kau bertambah rasa kau useless.
Kau nak cerita kat keluarga? Adakala mak ayah tak mahu terima kenyataan bahawa anak mereka ada sedikit kelainan. Bila dengar apa kau luah. Mereka sangkal dengan macam-macam alasan. Sebab kau tak nak mereka sedih. Kau berlakon yang kau okey. Hati kau keras. Kau kuat. Padahal kau tengah lemas.
Kau nak cerita kat kawan baik. Kau mula sedar selama ni dia muncul bila dia sangat perlukan kau. Tapi tak pernah pun dia tanya kau okey atau tidak. Apa kau rasa tak pernah dia ambil tahu. Adakala kau musykil, betul ke inilah erti kawan baik? Tapi kau tepis sangkaan itu. Sebab kau nak jadi seorang sahabat yang terbaik. Kau akan ada selalu masa dia perlukan kau. Kau akan sokong selalu apa dia buat. Kau nak fikir benda baik-baik saja pasal dia. Kau senang bila dia senang.
Tapi...
Tak ada siapa pernah tanya kau okey atau tidak?
Apa kau rasa?
Atau beri kau masa untuk pinjam telinga tanpa menghukum siapa kau.
Kemuncaknya kau mula rasa. Hopeless. Kau shutdown. Kau jauhkan diri dari semua orang. Kau tolak yang datang mendekat. Kau cuba menghilangkan diri dari semua. Seolah kau tak pernah wujud.
Kat tahap ni. Kau rasa semuanya tak bermakna. Kau soal tuhan kenapa kau diberi benda ni. Dalam masa sama kau sedar kau tak layak pun tanya. Sebab ada orang lain lagi kuat diuji. Lagi teruk masalah dia.
Kau mula sedar. Kau tu manusia manja. Benda kecil macam ni pun. Kau dah mula rasa lemah. Kau dah goyah. Hina betul kau.
Kau biar gelap mamah kau. Kau jauh dari tuhan. Sebab kau rasa kau manusia hina lagi manja. Kau tak layak untuk apa-apa pun.
Tapi sampai bila?
Kau lari sampai ke Pluto, tetap juga dunia itu milik tuhan. Kau lari dari bima sakti dan pergi ke galaksi lain. Tetap dunia sana milik tuhan. Tuntasnya ke mana kau pergi, mana kau lari... Diri kau juga milik tuhan.
Macam mana sekalipun kau. Kotor dan busuk atau sewangi setanggi. Kau tetap pulang ke pangkuan tuhan. Situ juga kau kena pulang. Macam mana sekalipun.
Kau boleh berhenti berharap dengan manusia. Tapi tidak dengan Allah. Sebusuk mana kau, kau adalah hamba dia. Kau tak boleh sangkal. Layak ke tak layak, kau milik dia. Kau hamba dia. Segalanya dia.
Kau tenggelam punca.
Kau carilah dia semula. Dia lebih kenal kau lebih dari kau.
Bersedia dengan bekalan untuk mati. Supaya kau dapat husnul khatimah.
Tak payah fikir benda lain.
'Kejar akhirat. Dunia kejar kamu'
Kau juga sedar bahawa kefahaman manusia itu bergantung kepada level mereka sendiri.
-post bodoh dan mengarut-
Air mata
Tanpa sebab.
Mungkin juga luka tu dah tak rasa sakit walau masih mengalir darah.
ermmm tak aku tak terluka cuma aku rasa tak berguna macam sampah.
Tak ada erti
If i dont exist
sebab aku harap aku tak pernah wujud...
Aku kalau diberi smeual pilihan...
aku tak nak jadi manusia..
aku tak nak jadi binatang
aku nak jadi angin yang bebas. Pergi ke mana saja.
tak perlu fikir apa pun.
tak ada dosa dan pahala.
ikut saja perintah Allah.
Jodoh
Hanya aku masih sendiri.
Tak berubah.
Sama saja macam dulu.
Aku rasa aku tak layak untuk kawin.
Sapa nak orang macam aku?
Orang lain pernah rasa dicintai walau cuma sementara.
Ada orang bernasib baik kawin dengan orang yang dia cinta.
Ada orang nasib baik, dia disayangi dan dijaga seikhlas hati, sentiasa ada teman sebelah dia bila dia sedih dan sakit atau susah. Teman yang terima dia seadanya. Teman yang tak lelah cinta dia.
Bila dia ada masalah, orang itu akan peluk dia. dan cakap its okey saya ada. Saya ada...
Ada teman yang jaga dia sentiasa....
Aku tak pernah.
Dah harapan tu dah hilang.
Mati...
Aku hilang harapan.
Ya aku tahu aku lemah kan.
Aku banyak sangat kekurangan. Sangat banyak.
Aku harap sebelum tutup mata. cinta aku kepada Allah melebihi segalanya.
Aku takut
Selagi aku datang sini...
Aku masih berada dalam gelap.
Hermm...
entah sampai bila.
Mata aku kabur. Aku tak nampak jalan penyelesaian.
Aku takut.
Tuesday, 24 September 2019
Buat yang jumpa
Maaf la sapa yang terjumpa blog ni.
Blog ni blog gelap. Aura negative je banyak.
Tak yah baca isi dia.
Sini tempat aku menangis.
Aku yang diheret sikit demi sikit ke dalam gelap.
Aku takut kena tinggal
Minggu ni keja keluar air mata ja.
Kejap kejap nangis.
Aku tak nampak jalan.
Aku takut kena tinggal. Aku takut umi walid mati.
Aku takut hidup sorang.
Aku ada umi ja. Aku sayag umi walid.
Aku tak sanggup kena tinggal.
Tiap malam doa. Minta Allah ambik aku dan family aku pada hari sama, jam yang sama, waktu yang sama, saat yang sama.
Aku tak nak kena tinggal. Aku tak takut mati.
Perang Dingin umi walid
Umi dan walid macam perang dingin lagi. Ntah la. Dah tua pun nak gaduh lagi ka?
Dari muda sampai tua. Sikit-sikit nak gaduh. Setakat bertengkar macam tok dan tokwan tu tak pa lagi.
Ni perang dingin.
Penat la macam ni.
Sebab tu aku takut kawin. Buat apa kawin kalau kena hadap benda stress?
Mungkin jadi ni mula walid dok kutuk umi buat bunga tu tak bawa faedah kot.
Bagi aku dua dua sama ja.
Aku rasa nak gantung diri kat kipas tu.
Sunday, 22 September 2019
Siapa aku, itu datang dari kamu
Ada orang bila kena kritik dia lagi bersemangat.
Ada orang kena kritik jadi lemah. Sebab dalam dia dah hancur.
Ada kajian saintis buat.
Mereka mendapati anak usia dari 1-10 tahun, mereka sedang serap semua benda.
Macam mana layanan orang kat dia, kata-kata orang kat dia... semua dia simpan. Dia belajar dari tu. Tu la asas pembentukkan dia bila besar.
Macam mana anda layan dia, macam tu la dia besar nanti.
Kau keji dia, kau down kan dia.
Bila besar jangan hairan kenapa dia tak sayang diri dia. Kenapa dia rasa useless macam aku.
Umi dan walid kena pk apa yang diaorang cakap kat aku masa aku kecik dulu.
Mungkin diaorang dah lupa.
Tapi aku ingat.
Tu tak masuk lagi sikap.negative cikgu.
-aku anak Adhd-
Anggap saja aku mati
Aku memang dah hilang.
Aku padam semua akaun media social.
Malas nak fikir pasal orang lain.
Aku dah lama terasa.
Tak masuk lagi dengan Farahin.
Ntah letih la dengan semua orang.
Lantak la.
Anggap saja aku dah mati.
Mudah.
Jodoh
Semua orang nak dicintai.
Tapi apa yang aku nampak cinta tu tak kekal lama pun.
Bila kawin, ada dugaan banyak, tanggungjawab, masalah, perangai buruk masing-masing... cinta tu akan hilang.
Mungkin masih stay bertahan sebab fikir anak, sebab rasa cerai bukan pilihan.
Aku... aku takut kawin.
Tengok umi walid macam tu.
Tua tua pun dok perang dingin.
Tua tua pun masing2 tak puas hati.
Tua tua pun umi masih dok ingat hal lama.
Happy ka macam tu?
Aku rasa tak.
Walid dengan sikap walid. Suka kondem orang. Bila umi nak buat benda umi suka macam gubah bunga. Walid akan kondem macam2. Aku pun pernah kena juga. Memang walid macam tu.
Walid pernah burukkan umi dan aku kat adik beradik dia. Dia rasa tu macam menyeronokkan kot. Sebab tu umi dah tak mau balik sana. Aku pun malu la nak berdepan dengan sepupu semua bila tau sikap walid macam tu. Walid memang kuat membawang. Hari tu masa pergi terengganu tu, walid keja dok membawang pasal orang ja.
Aku macam nak suruh walid dok diam saja. Tak malu ka dengan ayah kawan aku tu. Ayah kawan aku pun macam tak berapa suka.
Walid ayah yang baik selain sikap dia tu. Aku sayang umi dan walid. Cuma bila negative thinking aku datang. Aku rasa sedih. Aku rasa letih. Aku rasa terluka dan hancur.
Umi pulak dengan sikap umi.
Berdendam, suka ungkit, mengada2. Mulut umi pun boleh tahan.
Sebab tu kot mulut naim tu busuk. Dia ambik mulut umi dan mulut walid. Dah la perasan bagus. Tapi apa pun dia tak buat.
Pasal jodoh.
Mana ada orang nak kat pompuan macam aku ni.
Dah la aku ada masalah ADHD, aku tak macam pompuan lain.
Dah la ilmu agama pun sikit.
Memang aku kain buruk.
Aku tak rasa aku nak kawin.
Aku takut jadi macam umi dan walid atau lebih teruk lagi.
Catatan bodoh hari ini
Adakala aku rasa tak adil.
umi walid ada tiga anak lelaki. Aku saja perempuan.
Tapi kenapa aku saja yang disuruh buat kerja, disuruh cari kerja.?
Kenapa umi dan walid tak suruh naim kerja.
Makan disedia.
Tapi pinggan dan cawan makan sendiri tak boleh basuh..
Hidup dia main game, makan, tidur tapi tak ada sapa tegur.
Kalau aku...
Ayah cakap aku pemalas.
Umi suruh aku kerja.
Bab rumah.. kalau harap aku sorang saja yang jaga mana aku mampu.
Aku masak bila umi tak mau masak.
Aku basuh pinggan
aku buat yang sepatutnya
tu pun umi dan walid kata aku tak buat apa.
Aku letih la fikir semua ni.
Anak laki buat sepah, tak basun pinggan dan cawan sendiri, baju kotor letak merata, buang sampah merata
tak ada pula umi dan walid nak marah.
Kalau anak perempuan tak buat kerja dianggap perempuan tak elok.
Aku letih.
Aku rasa diri aku tak berguna.
Aku menyusahkan mak ayah.
Aku anak yang merugikan, anak yang tak mebanggakan.
dari kecik sampai sekarang sama saja.
aku letih dengan semua ni, aku rasa kan senang aku mati saja.
Kalau aku berani ambik nyawa sendiri dan kalau Allah halalkan cara tu.
Aku letih fikir benda ni siang malam.
Hakim dah kerja tapi tak pernah pun fikir nak bagu duit kat umi walid. Pernah tak dia fikir nak ringankan beban mak ayah dan tiba masanya dia jaga mak ayah.
Aku harap tahun depan aku berjaya dapat kerja. Aku nak jaga umi dan walid.
Dan aku selalu berdoa biarlah aku mati sebelum umi dan walid tinggalkan aku.
Aku harap dalam masa terdekat ni aku boleh bersedia untuk jumpa tuhan.
Harapnya.
Saturday, 21 September 2019
Ada sorang kawan baik, Izzati Aiman nama dia.
Dia pun bila mesej mana pernah tanya aku ada masalah ke tak. Dia mesej selalu hanya fikir nak luah masalah dia saja. Jarang sangat tanya pasal kawan sendiri.
Aku tak kisah pun dia nak cerita pasal dia. Aku boleh dengar. Masa belajar dulu dia nak mesej, nak telefon, aku tipu cakap aku tak sibuk sebab aku tak nak dia segan nak cerita dengan aku kalau aku cakap aku sibuk.
Aku selalu harap dia happy dengan hidup dia. Tak la aku risau. Bila dia kawin aku rasa lega sebab ada orang boleh jaga dia.
Aku tak harap banyak. Cuma nak dia dengar apa aku rasa dan cakap dia akan selalu ada sokong aku dengan ikhlas hati.
Takut 2
Aku tak rasa pun kawin sebab aku kan ada masalah dengan diri sendiri. Lagipun sapa nak kat orang macam aku?
Tapi sampai bila tak kawin?
Mak cakap, kawin lambat bila aku dah tua, anak aku dok tadika lagi.
Tapi aku belum layak untuk jadi madrasah. Aku bukan orang terbaik. Tengok la diri aku ni. Aku tak macam perempuan lain.
Bijak, yakin, positif, solehah, baik akhlak.
Aku...
Aku hancur kat dalam ni. Aku tak ada harapan.
Rasa gelap saja jiwa aku.
Macam mati.
macam mana nak jadi madrsah anak-anak? Walaupun aku mahu sekalipun, tak ada harapan untuk aku.
Aku pun nak lelaki soleh dna aku tak nak lelaki tak beriman. Tapi aku tak layak untuk laki soleh. sebab aku cuma hampas.
Takut
Hari ini hari pertama aku tulis kembali diari hati dalam blog. Dulu ada la blog coretan gelap aku. Tapi aku padam. Bila beberapa orang rakan kelas dah mula tahu. Mungkin roomate sendiri bawa mulut. Okey dah tu hal lama. Malas nak ingat balik.
Umur aku 27 tahun.
Tapi satu kerja pun tak ada.
Padahal masa zaman universiti, aku antara yang berdikari, kawan-kawan rujuk aku. Aku bukannya pandai pun. Cumanya aku rajin sebab aku tak macam orang lain. Aku ada ADHD. Sebab tahu aku ada kelemahan kekurangan dari segi tu. Jadi aku kena rajin lebih dari orang lain.
Aku tak minta macam ni tau. Aku pun tak nak.
Ada masa dah down sangat aku sering tanya. Kenapa Allah bagi aku benda ni. Aku nak macam orang lain.
Masa kecil aku ni kira budak lembab tau. Sebab aku susah faham percakapan orang. Macam blur.
Arahan pun aku susah faham.
Jadi kat mata kawan-kawan dan cikgu, aku ni budak bodoh.
Dah la tu aku sering dapat nombor corot. Nak buat macam mana, masa ni ibu bapa pentingkan nombor kedudukan dalam kelas. Itulah cara nak beza budak bodoh dan budak cerdik. Kan?
Mak pernah cakap kat aku. Dia malu aku dapat nombor corot. Mak aku kerja kerani sekolah. Kenal dengan cikgu-cikgu. Mesti la mak malu. Anak-anak cikgu merangkap juga kawan kelas aku, semuanya terang hati. Pandai dan cergas. Malah bijak dalam bertutur. Tak macam aku, blur semacam. Mesti la mak aku malu.
Ayah pun selalu marah aku. Ayah cakap aku bodoh. Ayah bandingkan aku dengan Ifa sepupu aku. Ayah cakap Ifa rajin dan bijak. Tak macam aku, bodoh dan malas.
Ye aku malas. Sebab aku tak faham apa pun. Aku cuba untuk faham masa tu. Tapi aku tak dapat faham. Terang la banyak kali, tetap juga aku susah nak faham. Siapa yang ajar aku termasuk mak aku, mesti la stress dan hilang sabar.
Aku tak marah pun.
Cuma aku cerita ni supaya orang faham kenapa bila dah dewasa aku jadi macam ni.
Disebabkan tekanan masa kecil. Kena marah cikgu dan mak ayah. Dipanggil bodoh. Diejek kawan.
Bayangkan selama tempoh tu.
Akhirnya aku percaya aku memang budak BODOH.
Sampai sekarang BODOH tak boleh dibuang dari diri aku. Walaupun aku dah berjaya masuk Unversity.
Tetap BODOH dan rasa TAK BERGUNA tu melekat macam kulit.
Tak masuk lagi masalah ADHD aku.
Ya aku ada inattentive ADHD.
Yang mana aku tak ada hyperactive, ciri-ciri tu tak ada kat aku. Ciri lain ada.
Aku kurang keyakinan bila habis belajar ni. Tak yakin boleh kerja dengan orang. Tengok la macam mana aku bodoh dan tak reti buat kerja masa parktical. Ni aku cerita nanti la. Panjang sangat dah.
Bila umur dah 27 tahun. Dah tak kira muda lagi.
Orang baya aku dah kerja, kawin dan ada family.
Aku tak ada apa. Aku tak kerja sebab aku takut dan aku tak yakin. Dah bila tak kerja aku tak boleh la bagi duit kat mak ayah.
Umur macam ni fikir macam-macam.
Malah aku takut Allah ambil mak ayah aku. Aku tak ada sesiapa. Aku tak mak ayah saja. Dah la aku tak sempat berbakti kat mak ayah. Aku takut kena tinggal sorang.
baik aku mati je.
Kalau Allah halalkan bunuh diri. Dah lama dah aku ambl nyawa sendiri.
Hidup pun tak berguna, tak bawa faedah, menyusahkan mak ayah... patutnya orang macam aku ni mati dulu.
Aku tak nampak jalan keluar untuk masalah ni.
Aku nak pergi terapi. Tapi mak ayah tak akan faham.
Aku tak tahu macam mana nak buat. Kalau cerita kat orang bukannya orang faham. Sebab mereka tak akan faham.
Dah la tak ada sapa faham pun.
Masalah ADHD ni, aku nak bawa kereta pun masalah. Aku tak boleh fokus di jalan raya yang sesak. Aku susah faham arahan. Blur.
Serba serbi bodoh.
Aku betul-betul useless.
Mimpi ular
Semalam aku mimpi... Ada kubur kristian, belakang tu plk laut. Air tu macam ada benda panjg kat dalam air. Tak lama tu ular besar keluar. ...
-
Umi dan walid macam perang dingin lagi. Ntah la. Dah tua pun nak gaduh lagi ka? Dari muda sampai tua. Sikit-sikit nak gaduh. Setakat berten...
-
Umi selalu puji akmal. umi kata akmal bagus. Ntah okey la tu, dia ada anak




